KAMI TIADA PILIHAN

 
"Kami tiada pilihan lain selain terpaksa bertindak"

"Pasukan keselamatan sudah melakukan sebaik mungkin termasuk melakukan perbincangan , memberi masa untuk menyerah diri dan makanan, tetapi mereka masih berkeras."

Kumpulan penceroboh dari Sulu Filipina itu sudah diberi tempoh untuk berbincang sejak menceroboh perairan negara ini sebelum ke Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu.
      Sebaik kehadiran mereka diketahui, kawasan berkenaan dikepung pasukan keselamatan.

     Menurut kenyataan polis sebelum ini, sepanjang dikepung, kerajaan memberi peluang kerajaan meninggalkan negara ini secara aman tanpa berlaku pertumpahan darah.
     Bagaimanapun, pendekatan berlembut kerajaan dengan tujuan mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini tidak diendahkan penceroboh terbabit yang menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu Tetap tetap enggan meninggalkan negara ini.
     Penceroboh juga kekurangan makanan. Namun kerajaan bermurah hati memberi mereka bekalan makanan dengan harapan ia mampu memujuk penceroboh terbabit meninggalkan negara ini.
     Namun usaha usaha dan budi baik kerajaan ini langsung tidak dihargai hingga terjadi pertempuran pagi semalam selepas tempoh yang diberikan kerajaan tamat kelmarin.