12 PENCEROBOH MAUT

 

Seramai 12 anggota penceroboh yang mendakwa Tentera Kesultana Sulu dan dua anggota komando PDRM maut manakala pasukan sama cedera sebaik bertempur dalam kejadian di Kampung Tanduo.
     Bagaimanapun, belum dapat dipastikan jumlah anggota penceroboh yang cedera.

     Pertempuran itu dipercayai dimulakan anggota penceroboh terbabit yang sudah berada selama 18 hari lalu di kampung berkenaan sebaik menyedari anggota pihak berkuasa menjalankan rondaan.
     Kumpulan penceroboh bersenjata terbabit terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan berkenaan apabila mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini. Pertempuran berlaku antara 20 hingga 30 minit.

"kami tiada pilihan lain selain terpaksa bertindak" Hamza Taib.
"Saya juga mengesahkan tiada perintah berkurung dikeluarkan setakat ini dan pihak keselamatan sudah mengetatkan lagi kawalan." Katanya